Friday, April 20, 2012

SAHABAT U NTUK SELAMANYA ~

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa,
Kecuali diri sendiri…..
Tetapi…Dalam kita bersendirian,kita beruntung kerana….
Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapakan keiklasan dan kejujuran
Seorang sahabat,begitulah juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya…..?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa…..tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami
Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.
Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan.
Harapan dan impian juga kita luahkan.
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga
Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita.
Pernah kah kita memberi dia peluang untuk
menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita.
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah….?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita…..
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat…
Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat…..
Sebagai kekuatan
Jadilah kita sahabatnya itu….
Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yg kita sangkakan.
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan..
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan…..
Kita tidak tahu….
Tetapi….jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita
akan tahu…..
RENUNGILAH…
HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA
Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)
Orang yang menunjukkan kebaikkan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik. (Hukamak)

Terima kasih kerana membaca :) sila follow kami !

Friday, April 13, 2012

Cinta , Sayang , Minat Dan Suka ...

Cinta – Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita . Segala apa yang kita buat , kalau boleh nak dia tahu.. dan kita seboleh-bolehnya tak nak sakitkan hati dia . Kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yang kita selalu ingat dan mimpi .. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je )


Sayang – Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita . Selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dengan masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya .. )


Suka – Kita sukakan dia kerana dia kelakar . Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut habis terburai .. haha . Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu …(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita . Kita akan suruh dia diam sekiranya tekak kita dah nak pecah ! hakhak .…)


Minat – Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya. (dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat , peribadi atau barang yang kita mahukan)



p/s : Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita .. tidak akan CINTA pada seseorang itu…

Terima kasih kerana membaca :) sila follow kami !

Thursday, April 5, 2012

Kawan.... :D

1.Kawan tu bukan macam main FUTSAL.
Mula-mula kejar… Dah dapat sepak…

2. Kawan tu bukan macam main SKATE.
Mula-mula gosok…Lepas tu pijak…

3. Kawan tu bukan mcm main RAGBI.
Mula-mula tangkap…Dah dapat tendang…

4. Kawan tu bukan mcm PAMPERS.
Dah pakai pastu buang…

5. Kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS.
Waktu baru beli pakai…Dah sengkek gadai…

6. Kawan tu bukan macam PELANGI.
Hari cerah hilang…Hujan gerimis baru muncul…

7. Kawan tu bukan macam KERETA.
Rosak sikit jual …Beli baru…

8. Kawan tu bukan macam CHIPSMORE .
Kejap ade kejap takde…

9. Kawan tu bukan macam BANK.
Bila dah takde duit baru nak cari…

10. Lagi…Kawan tu macam ape ye???
Hmmmm…Haa…Kawan tu macam AWAK LA…
Bila saya tulis artikel, awak akan baca dengan teliti sampai habis…

Kata mak: Kawan tu ibarat lebah, habis
madu sepah dibuang..
Kata abah: Kawan tu umpama bunga
ros, dipandang cantik dipegang sakit..
Kata atuk: Kawan tu seperti air.. Terus
mengalir..
Kata nenek: Kawan tu bak bulan.. Dipuja
dan disanjung tapi nun jauh di sana..
Kata saudara: Kawan tu macam makanan, kawan makan kawan!
Kata abang: Kawan tu seperti
lembu.. Mengikut saja apa dikata..
Kata kakak: Kawan tu tak ubah
macam.. DURIAN.. Bau aja busuk tapi sedap
dimakan..
Kata adik: Kawan tu macam
biskut.. Sekejap ade sekejap takda..

Kata aku: Kawan tu tak kisahlah
macam mana.. Walaupun dia ibarat lebah,
umpama bunga ros, seperti air, bak
bulan, seperti lembu, tak ubah macam
durian & macam biskut!!! Dia tetap
kawan.. Tau tak sebab ape??? Sekali aku
dah kawan dengan dia selamanya dia tetap
kawan aku.. Itu cara aku berkawan..!!

Terima kasih kerana membaca :) sila follow kami !

Assalammualaikum....Kami Budak Dua Setia !!

Peace Yoo... ^^v


Hai dah assalammualaikum semua... kami pelajar dua setia telah membuat blog untuk meluahkan perasaan kami....kami berharap sangat-sangat agar anda semua boleh mengongsi link kami untuk orang  follow blog kami... kami harap blog kami akan terus maju... amin... akhir kata, sokonglah blog kami... ASSALAMMUALAIKUM...

Terima kasih kerana membaca :) sila follow kami !

 
Semua ini ditulis daripada budak dua setia . Terima Kasih .