Tuesday, June 26, 2012

Hari terbuka :)




**gambar untuk hiasan sahaja :)

Assalamualikum ... hai .. korang tau x ap itu hari terbuka .. hari terbuka ialah hari bagi mak bapak dieorg tengok result ank dier n bgitaw k'lmhn/perangai ank dier org ... huh ... hari ini , ting 2 , 3 , 4 & 5 ad hari terbuka ... tingkatan 3 & 5 dibuadd di dewan & tingkatan 2 & 4 dibuatt di kelasnya sendiri ...

ramainya mak bapak yang amik result keputusan ank dierorg .. siap bawak satu family lagi.. ini sudah melebih :x ... ala ... sorry laa... hari terbuka tahun ni , x ad gambar laa .. sorry sangat-2 .. insya-Allah klo ad gamba-2 hari terbuka nnti admin akn post lagi ...

ok laaa kawanku y dikasihi sekalian ... insya-Allah klo x ad aral y melintang admin akan post banyak-2 y boleh :D Assalamualikum ...

 

Terima kasih kerana membaca :) sila follow kami !

Monday, June 25, 2012

Assalamualikum , hari ni admin nak post something jangan tak baca tau , terutama sekali pada umat Islam ... & ... perempuan

1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.
(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong.
(Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)

4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.
(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.)

5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.
(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.
(Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)

11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.
(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)
Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.
(Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.)
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.
(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

Riwayat Imran bin Hushain ra.:
Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)
 

mengopy & mengepes je nie :)

Terima kasih kerana membaca :) sila follow kami !

Ramainya tak datang



Assalamualikum...huh huh....selamat membaca kwn-kwn...korng nampak tak tajuk kat atas tu....huh...pada hari ni..iaitu hari Isnin bersamaan 25/6/2012...cewahh dah mcm ape dah... rmi sangat budak tak datang...dua org budk kls setia pergi persada... iaitu Nuralia Haziqah dan Mohd Nuraidil sbb mereka dpt keputusan yg terbaik sains antara budak 2setia yg lain...

kalau budak dua setia pergi dua org sje...jdi budak rk semue pergi la...mule-mule cg ajk 9org yg dapat A je dlm sains...lepas tu dierorg pujok-pujok guru kelas dierorg n then dierorg dpt la pergi....40 org pergi...budak RK 35 org...budak setia 2 org & budak kelas maju 3 org.... memang pandai dierorg sbb tu dapat pergi persada...


sedih nye sbb admin x dpt gi persada....untungnya klo dpt msok RK....cikgu utamakan kelas RK n then bru kelas yg lain2.... x pe... periksa akhir tahon ade lgi....jdi admin nk pastikan admin dapat keputusan yg cemerlang pde perikse yg dtg... doakan kamii yea.. :)

ok lah... admin nak mandi...hehe....ok byebye semuaa... jangan lupa follow kamii ya... klo x ad blog buatlah blog n follow kami... :)


Terima kasih kerana membaca :) sila follow kami !

Saturday, June 16, 2012

Keputusan peperiksaan pertengahan tahun .


Assalamualikum..hari ini admin nak bagitau keputusan peperiksaan pertengahan tahun bagi tingkatan dua setia... admin check dekat saps...

  1. Noor Syazniza binti Abu Talib
  2. Diyana Binti Abd Majid
  3. Nor Aishah binti Latassak
  4. Nuralia Haziqah binti Sadek
  5. Aminurshafik Mohammad bin Mohd Fikri
  6. Nur Farahin binti Ismail
  7. Nur Syahidah binti Mazaland
  8. Mohd Nuraidil bin Baharin
  9. Athirah Syazalydia binti Azman
  10. Muhammas Afiq Amiruddin bin Ahmad
  11. Muhammad Razmi bin Mohd Razip
  12. Nur Izzati binti Mohamad Fauzi
  13. Nurul Hanisah binti Muhamad Hafiz
  14. Nur Syazwani binti Musa
  15. Nur Laila Azira binti A Jalil
  16. Muhammad Amirul Haziq bin Mohd Din
  17. Muhammad Kuzul Azmiey bin Mohd Sabri
  18. Nur'Uzma Athirah binti Mohamed Fadzlullah
  19. Nur Najihah binti Abu Yazid
  20. Khairul Anwar bin Mahidir
  21. Mohd Faiz bin Mohd Ali
  22. Siti Zulaiha binti Zailani
  23. Muhammad Ramadhan Rashidi bin Rahim
  24. Muhamad Fadhail bin Kamal
  25. Muhammad Suhaimi bin Ahmad
  26. Muhamad Daniel Akhmal bin Zulkarnain
  27. Nur Syaqina binti Ramli
  28. Nor Rezzaman bin Darman
  29. Mohd Khairul Nisak bin Kamzah
  30. Nurl Adila binti Zulkifli
  31. Esa bin Sabran
  32. Mohammad Izhwan bin Bachok
  33. Siti Norhanisah binti Mohd Rosnani
  34. Mohd Ameruddin bin Saruan
  35. Muhammad Asyraf bin Othman
  36. Nurfarahain binti Che Ah
ok .. **admin keliru sabab nombor 25&24 mendapat nombor yang sama iaitu 24... jadii nanti klo dah dapat nombor yg betul... ok bye semua.. Assalamualikum... Ahlan.. :')

Terima kasih kerana membaca :) sila follow kami !

Ketahui 7 Sikap Wanita Dengan Melihat Cara Berjalan


Assalamualikum...tadi, dalam beberape minit yang lepass admin baru je bace entri nii.. mamcam best je... jadi admin pon nak share lah sikit dekat sini... harap-harap sudii baca ya :)

1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah

Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri

Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Suka Menunduk

Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan

Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.

5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Badan Nampak Tegak

Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.

7. Berjalan seperti Zirafah

Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.
Panduan ini bukanlah semata mata hanya berguna untuk lelaki tapi boleh jugak di jadikan peringatan kepada wanita wanita diluar agar berjalan dengan sopan. Macam biasa, tip ini hanya panduan bukan semestinya betul dan setiap individu adalah berlainan. Sekian. Wallahualam.
Admin dapat ini dari SINI :)

Terima kasih kerana membaca :) sila follow kami !

Friday, June 15, 2012

Keputusan peperiksaan pertengahan tahun .


Assalamualikum .. selamat malam .. tengah buatt ape tuu ? sihatt .. admin sehatt je jangan tanya .. hehe ..hari niee admin nak bagitau yang keputusan pertegahan tahun semue dh bolee check secare on9 dkt tenet ... 

jdi klo korang nak tengok KLIK SINI .. admin nak ucapkan tahniah kepada .. Noor Syazniza binti Abu Talib yang mendapat nombor satu dan kepada DIYANA binti Abd Majid kerana mendapat nombor dua .. 

yang nombor tigaa admin x taww ... jadik klo korang nak check korang check laa kat tempat tuu ... ok lah dah lewat mlm nii admin nak tidurrr assalamualikum .. 

Terima kasih kerana membaca :) sila follow kami !

Thursday, June 14, 2012

25 Pesanan Luqman Hakim kepada Anak-anaknya


Assalamualikum .. mula kan dengan bismillah .. ok laa .. hi semuaa .. apa khabar .. bosan takk ?? keje sekolah banyak ? ok lah hari nie admin nak share sikit something .. korang bace lah :)

berikut merupakan 25 Pesanan Luqman Hakim:-
 
Pesanan #1: “Hai anakku, ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam,
banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat agar jangan karam,
 layarilah lautan itu dengan sampan yg bernama Takwa, isinya ialah Iman dan layarnya
adalah Tawakkal kepada ALLAH.”
1 - dunia ibarat laut yang dalam

Pesanan #2: “Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat,
maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setelah
menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian
dari ALLAH juga.”
2 - terima nasihat

Pesanan #3: “Hai anakku, orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat
dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat
 kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada
 ALLAH.”
3 - tawadduk 

Pesanan #4: “Hai anakku, seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana
kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah
bagaikan baja bagi tanam tanaman.”
4 - baja bagi tanaman 

Pesanan #5: “Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu
boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan
gelisah di waktu malam.”
5 - hutang 

Pesanan #6: “Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yg
menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan
sebenar-benar takut ( taqwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat
berputus asa dari rahmat ALLAH.”
6 - putus asa dari rahmat Allah 

Pesanan #7: “Hai anakku, seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana
tidak dipercayai orang dan seseorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak
melamunkan hal- hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari
 tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang
yang tidak mahu mengerti.”
7 - pendusta akan hilang kpercayaan 

Pesanan #8: “Hai anakku, engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat
batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih berat lagi daripada semua itu,
adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.”
8 - jiran tetangga yang jahat 

Pesanan #9: “Hai anakku, janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan.
Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang
layak menjadi utusan.”
9 - orang bodoh sebagai utusan 

Pesanan #10: “Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan,
bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah
memberikan akibat yang berbahaya.”
10 - dusta dan daging burung 

Pesanan #11: “Hai anakku, bila engkau mempunyai dua pilihan,
takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati,
sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan
menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada
kesenangan duniawi sahaja.”
11 - pilih majlis 

Pesanan #12: “Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan,
kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah
 lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.”
12 - jangan makan sampai kenyang 

Pesanan #13: “Hai anakku, janganlah engkau langsung menelan sahaja
kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja
kerana pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran
 dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.”
13 - pahit dan manis 

Pesanan #14: “Makanlah makananmu bersama-sama dengan
 orang-orang yang taqwa dan bermusyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak
dengan cara meminta nasihat dari mereka.”
14 - makan bersama orang yang bertakwa

Pesanan #15: “Hai anakku, bukanlah satu kebaikan namanya
bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya.
Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu api,
 maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya,
adahal ia masih mahu menambahkannya.”
15 - ilmu untuk diamalkan 

Pesanan #16: “Hai anakku, bilamana engkau mahu mencari kawan sejati,
maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah.
Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,
maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan.
Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.”
16 - mencari kawan sejati 

Pesanan #17: “Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu,
dengan demikian engkau akan disukai orang
melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang
pernah memberikan barang yang berharga.”
17 - bertutur dengan baik dan sopan serta bermanis muka 

Pesanan #18: “Hai anakku, bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya
sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya.
 Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.”
18 - pilih teman yang berharap 

Pesanan #19: “Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai
orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharapkan sanjungan orang lain
kerana itu adalah sifat riya' yang akan mendatangkan cela pada dirimu.”
19 - jangan riya' dan mengharapkan sanjungan 

Pesanan #20: “Hai anakku, janganlah engkau condong kepada urusan dunia
dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja
kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja.
Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada
orang yang terpedaya dengan dunianya.”
20 - jangan condong kepada dunia 

Pesanan #21: “Hai anakku, usahakanlah agar mulutmu
jangan mengeluarkan kata-kata yang busuk dan kotor serta kasar,
 kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri.
Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu
mendatangkan manfaat bagi orang lain.”
21 - berdiam diri lebih baik dari berkata yang kotor 

Pesanan #22: “Hai anakku, janganlah engkau mudah ketawa
kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan,
janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti,
janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu,
janganlah mensia-siakan hartamu.”
22 - berjalan tanpa tujuan dan mensia-siakan harta 

Pesanan #23: “Barang siapa yang penyayang tentu akan disayangi,
sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun,
 dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya
dari berkata kotor tentu akan menyesal.”
23 - disayangi dan tiada penyesalan 

Pesanan #24: “Hai anakku, bergaul rapatlah dengan orang yang alim lagi berilmu.
Perhatikanlah kata nasihatnya
kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya,
hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya
bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.”
24 - bergaul rapat dengan orang yang alim dan berilmu 

Pesanan #25: “Hai anakku, ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja,
dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu.
Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah
kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain.
Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya
kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka.
Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka,
kelak akan membinasakan dirimu.”
25 - ala kadar dan jangan hipokrit

aku harap perkongsian ini dpat direnungkan untuk kebaikan kita bersama..

Credit to :: //le misx tierah kawaii

Terima kasih kerana membaca :) sila follow kami !

 
Semua ini ditulis daripada budak dua setia . Terima Kasih .